Tayangan Filem Bangladesh di KLCC, tiket tayangan perdana habis terjual

Kongsikan Artikel ini

Filem dari Bangladesh, iaitu ‘Din-The Day’ arahan pengarah Iran, Morteza Atashzamzam mendapat sambutan hangat apabila tiket tayangan perdana yang mula ditayangkan hari ini di KLCC, habis terjual.

‘Din-The Day’ merupakan naskhah arahan pengarah Iran, Morteza Atashzamzam yang ditayangkan serentak hari ini di 10 pawagam utama di Malaysia, dengan 10 pawagam lagi akan ditambah minggu depan.

Din – The Day mengisahkan kejayaan polis Bangladesh dan Interpol menumpaskan sindiket pengedaran dadah antarabangsa yang menyasarkan pekerja imigran Bangladesh.

Penerbit dan pelakon utama filem itu, Ananta Jalil, berkata sambutan terhadap filem Din-The Day amat memberangsangkan dengan semua tiket slot tayangan perdana di tiga skrin berasingan di TGV KLCC, habis terjual sejak kelmarin.

“Saya percaya jambatan budaya sudah terbina antara rakyat Bangladesh yang bekerja di sini dan penduduk Malaysia dengan kemasukan filem ini.

“Saya berpandangan ada peluang untuk penerbit filem Malaysia dan Bangladesh bekerjasama bagi melahirkan filem yang dapat menarik minat rakyat kedua-dua negara,” katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur, kelmarin.

Ananta Jalil yang memegang watak utama dalam filem itu bergandingan dengan Barsha, tiba di ibu negara kelmarin dalam rangka lawatan bagi mempromosi filem itu.

Ananta dan Barsha yang juga merupakan pasangan suami isteri akan berada bersama-sama penonton pada sesi tayangan di TGV KLCC pada hari ini dan MMC City Square, Johor Bahru pada 18 September.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) Dr. Ahmad Ibrahim berkata penerbit tempatan diharap dapat mengambil peluang daripada hubungan baik ini bagi menjalin usaha sama penerbitan filem yang boleh dipasarkan di kedua-dua negara.

Baca juga: TikToker Khaby Lame terima bayaran RM3.4 juta setiap video promosi, mampu raih RM45.27 juta tahun ini

Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.