Tergamak cabul anak saudara 6 tahun sedang tidur, nilai kini terhakis

Kongsikan Artikel ini

TANAH MERAH – Seorang lelaki ditahan selepas dipercayai tergamak mencabul anak saudara perempuannya yang berusia enam tahun semasa mangsa sedang tidur di sebuah rumah di daerah ini, Isnin lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superitendan Mohd. Razi Rosli berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu daripada ibu saudara mangsa yang berusia 44 tahun malam kelmarin.

Menurutnya, polis telah menahan suspek yang berusia 34 tahun kira-kira 37 minit selepas wanita itu tampil membuat laporan.

“Berdasarkan keterangan mangsa, kanak-kanak itu dipercayai dicabul oleh bapa saudaranya semasa dia sedang tidur.

“Siasatan mendapati, mangsa merupakan anak tunggal dalam keluarganya. Dia sebelum ini telah dijaga oleh neneknya selepas kedua ibu bapanya bercerai,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, menurut Mohd. Razi, mangsa telah dibawa ke Hospital Tanah Merah di sini untuk pemeriksaan lanjut.

Katanya, berdasarkan semakan, suspek tidak mempunyai kesalahan lampau dan ujian saringan air kencing turut mendapati lelaki itu negatif dadah.

Tambahnya, suspek kini ditahan reman selama tujuh hari sehingga Selasa depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. – KOSMO! ONLINE

Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.