Terkenal miliki pasukan bola sepak padu, tapi negeri ini juga ‘haru’ dengan paling banyak sungai tercemar

Kongsikan Artikel ini


Walaupun terkenal memiliki pasukan bola sepak yang padu, namun Johor juga tercatat sebagai negeri paling ‘haru’ dengan terlampau banyak sungai tercemar merangkumi Kelas Tiga dan Kelas Empat.

Data itu didedahkan dalam Laporan Kualiti Alam Sekeliling 2020 yang dikeluarkan Kementerian Alam Sekitar dan Air atau Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Terdapat 19 sungai tercemar di negeri paling selatan di Semenanjung itu, dengan satu daripada sungai itu turut mengairi Melaka dan Sembilan iaitu Sungai Sarang Buaya.

Bagi Sungai Sembrong dekat perkampungan Orang Asli Sedohok, Kahang contohnya, ribuan ikan dan udang galah mati akibat pembuangan sisa kumbahan dari kilang memproses kelapa sawit di hulu sungai tersebut.

Ekoran itu, kira-kira 200 nelayan di 20 buah kampung sepanjang sungai itu terjejas sumber pendapatan mereka.

Untuk rekod, sungai yang berada dalam Kelas Tiga mempunyai bacaan Indeks Kualiti Air (IKA) antara 51.9 hingga 76.5 iaitu air memerlukan rawatan tambahan.

Sementara itu, Kelas Empat antara 31.0 hingga 51.9 iaitu untuk tujuan pengairan sahaja manakala Kelas Lima (kurang daripada 31.0) merujuk pada sungai yang tidak sesuai untuk semua tujuan seperti Kelas Satu hingga Empat.

Berikut senarai 19 sungai tercemar teruk di Johor setakat tahun 2020:

Kelas Tiga
IKA
1. Sungai Panchor 59
2. Sungai Simpang Kanan 59
3. Sungai Sanglang 59
4. Sungai Semberong 58
5. Sungai Tebrau 58
6. *Sungai Sarang Buaya 58
7. Sungai Temehel 57
8. Sungai Danga 57
9. Sungai Perembi 57
10. Sungai Plentong 56
11. Sungai Bala 55
12. Sungai Sebulung 53
13. Sungai Sengkuang 52
14. Sungai Tampoi 52

Kelas Empat

15. Sungai Pandan 46
16. Sungai Ayer Merah 43
17. Sungai Tukang Batu 42
18. Sungai Buluh 41
19. Sungai Kempas 32

Nota:
*Turut mengalir di Melaka dan Negeri Sembilan.

Baca juga Jangan duduk rumah saja hujung minggu, ini senarai 20 bukit sekitar Lembah Klang boleh pendaki pemula cuba

Baca juga Kalau ada orang tawar turap jalan, jangan terima sebab ada pihak cuba buat ‘job tepi’ dari lebihan projek asal



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *