Terkini Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Untuk Semua Murid RM150

Kongsikan Artikel ini

Bagi sesi persekolahan tahun 2023/2024, Kerajaan telah bersetuju memberikan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 kepada semua murid tanpa had pendapatan ibu bapa

Ia diumumkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz dalam Bajet 2023 pada 7 Oktober 2022 dalam Sidang Dewan Rakyat.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, bantuan itu dinaikkan berbanding RM100 tahun ini dan diberi kepada semua murid tanpa had pendapatan ibu bapa.

“Sebagai contoh jika sebuah keluarga mempunyai tiga anak bersekolah, maka mereka layak menerima bantuan RM450.

“Peruntukan disediakan untuk BAP ini membabitkan peruntukan RM825 juta, jauh melebihi tahun ini RM450 juta,”

Apa itu Bantuan Awal Persekolahan (BAP)

Bantuan Awal persekolahan (BAP) merupakan salah satu daripada bantuan yang disediakan oleh kerajaan bagi meringankan kewangan keluarga yang berpendapatan rendah

Mula diperkenalkan pada tahun 2012, ia bertujuan membantu ibubapa atau penjaga pada awal sesi persekolahan setiap tahun.

Bagi tahun hadapan bantuan ini diberikan kepada semua murid tanpa had pendapatan ibu bapa.

Tarikh Pengagihan Bantuan

Pengagihan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) kepada murid dijangka akan diagihkan pada awal sesi persekolahan 2023/2024 .

Syarat dan Kriteria Kelayakan

Murid-mudir yang layak mendapat bantuan awal persekolahan hendaklah memenuhi kriteria berikut:

  1. Murid warganegara Malaysia (perlu dibuktikan dengan sijil lahir/mykid/mykad yang disahkan atau apa-apa dokumen yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia) ;
  2. Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya bersifat tidak tetap tidak boleh diambil kira sebagai pendapatan KASAR bulanan ;
  3. Bantuan ini diberikan kepada murid-murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK), Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK), Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Swasta (selain sekolah antarabangsa).

Jumlah Bayaran

Murid yang menerima BAP akan diberi bantuan sebanyak RM150.00 bagi seorang murid secara sekaligus (one-off).

Cara Bayaran

Pemberian BAP akan dibuat secara tunai atau dikredit ke akaun bank bagi murid yang mempunyai akaun bank.

Sekiranya pemberian secara tunai, pengagihan akan dilaksanakan di sekolah mengikut Prosedur Operasi Standard yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia

Cara Membuat Permohonan 

Pihak sekolah akan memaklumkan kepada Ibu/bapa atau penjaga bagi mengisi borang PB-1 atau anda boleh download borang tersebut di bawah ini.

Sekiranya ibu/bapa/penjaga yang bekerja sendiri dan tiada penyata pendapatan atau slip gaji, hendaklah mengisi borang PB-2 di bawah.

Borang ini perlu dikemukakan oleh ibu bapa/penjaga bagi memohon Bantuan Awal Persekolahan kepada pihak sekolah dengan mengisi maklumat lengkap iaitu:

  1. Butir-butir murid (Bahagian B)
  2. Pendapatan keluarga (Bahagian C)
  3. Perakuan Ibu/Bapa/Penjaga (Bahagian D)

* Bahagian A dan bahagian E tidak perlu diisi oleh ibu bapa atau penjaga kerana ia akan diisi oleh pihak sekolah jawatankuasa kelulusan bantuan murid peringkat sekolah.

Dokumen Yang Diperlukan

Penghantaran borang yang telah lengkap boleh dilakukan ke pejabat sekolah mengikut SOP yang telah ditetapkan. 

1. Borang PB-1 (telah lengkap)

2. Borang PB-2 (jika tiada penyata pendapatan)

3. Salinan sijil lahir murid

4. Salinan KP Ibu Bapa/ Penjaga

5. Bukti pendapatan (salinan slip gaji/ penyata pendapatan/ Borang Pengesahan Pendapatan-Borang PB-2)

5. Salinan Kad OKU (jika berkenaan)

6. Sijil kematian ibu/ bapa (jika berkenaan)

Borang Pengesahan Pendapatan (Borang PB-2)

Bagi ibu/bapa/penjaga yang tidak mempunyai penyata pendapatan/slip gaji perlu mengisi borang PB-2 sebagai akuan pendapatan.

Ia peru ditandangan dan mendapat cop rasi daripada mana-mana pegawai berikut:

  1. Pegawai Kerajaan Kumpulan A (Pengurusan & Professional
  2. /Pengerusi JKKK
  3. / Penyelia Pembangunan Mukim/
  4. Penghulu
  5. Penggawa
  6. Ketua Kampung atau yang setaraf dengannya

Info dan maklumat lanjut

Info lanjut tentang BAP, sila layari laman portal Kementerian Pendidikan Malaysia berikut;  https://www.moe.gov.my/en/bantuan-pembelajaran-menu/bantuan-awal-persekolahan-bap

PERINGATAN: Pernyataan butiran yang palsu dengan niat memperdaya atau mengelirukan Kementerian Pelajaran Malaysia bagi meluluskan skim bantuan ini adalah melakukan satu kesalahan rasuah di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang membawa hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang daripada 5 kali ganda jumlah atau nilai butir matan yang palsu atau silap itu dapat dinilai atau berbentuk wang, atau RM10,000.00, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

SUMBER: Kementerian Pendidikan Malaysia

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

Soalan Lazim (FAQ)

Apa itu Bantuan Awal Persekolahan (BAP)

[Terkini] Bantuan Awal persekolahan (BAP) kepada semua murid tanpa had pendapatan ibu bapa.

Berapa Jumlah Yang Diberikan?

RM150 secara sekaligus (one-off).

Bagaimana Cara Ingin Memohon Bantuan Ini?

Perlu mengisi borang Borang PB-1 yang boleh diperolehi di Sekolah.

Sumber dipetik: Bantuan Rakyat]dot]my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *