Berita baik untuk semua rakyat Malaysia, Program Bantuan Sara Hidup (BSH) akan diteruskan dalam usaha membantu mengatasi kos sara hidup.
Ini berdasarkan idea kerajaan pimpinan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang dizahirkan menerusi ‘Tawaran Harapan PRU15’ yang turut menyatakan usaha meneruskan bantuan tunai kerajaan kepada seluruh rakyat Malaysia.
Kini, kerajaan Pakatan Harapan telah dibentuk dengan gabungan parti politik lain seperti BN, GPS, GRS, WARISAN dll.
Permohonan Bantuan Sara Hidup 2023
Dijangka lebih banyak maklumat mengenai kadar bantuan, kategori, tarikh pembayaran akan diketahui selepas Bajet 2023 dibentangkan di parlimen tidak lama lagi.
Sebelum ini Bantuan Sara Hidup (BSH) di bawah Kerajaan Pakatan Harapan dijenamakan sebagai Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) di bawah pimpinan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kemudian dijenamakan sebagai Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) di bawah pimpinan Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Sumber dipetik:
PortalMalaysia