Memandangkan BKM telah ditukar kepada Sumbangan Tunai Rahmah, ramai yang bertanya bilakah tempoh kemas kini maklumat Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan dibuka.
Sebagai makluman, Bantuan Tunai B40 dijenamakan semula kepada nama baharu iaitu Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dengan usaha ini akan ditambah baik kerajaan bagi membantu golongan .kurang berkemampuan dalam mendepani cabaran kos sara hidup
Untuk STR 2023 ini, ramai yang ingin membuat kemas kini seperti pertambahan ahli keluarga, perubahan status perkahwinan, perceraian dan sebagainya.
Oleh yang demikian, sila baca maklumat berikut dengan teliti agar faham dan jelas tentang kemas kini permohonan bagi Sumbangan Tunai Rahmah ini.
Apa itu STR 2023?
STR 2023 merupakan program bantuan tunai untuk B40 di bawah Kementerian Kewangan yang dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan akan terus ditambah baik.
Sebelum ini, bantuan ini diberi nama Bantuan Keluarga Malaysia (BKM 2022), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR 2021), Bantuan Khas Covid19 (BKM), Bantuan Prihatin Nasional (BPN), Bantuan Sara Hidup (BSH) dan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM).
Semakan Status STR 2023
Menurut Perdana Menteri Semakan Status STR 2023 boleh dibuat mulai 17 Januari 2023 (Selasa) melalui pautan berikut;
https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Oleh yang demikian, sekiranya anda buat semakan sekarang, tiada apa-apa maklumat yang dipaparkan.
Permohonan Baharu dan Kemas kini STR 2023
Walaupun kerajaan telah mengumumkan tarikh bayaran STR Fasa 1 mulai 17 Januari, namun tiada lagi maklumat rasmi bilakah tarikh sebenar permohonan baharu dan kemas kini akan STR 2023 akan dibuka.
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dalam komen di Facebook memaklumkan “prosedur bagi kemaskini maklumat diri / permohonan baru semasa tempoh permohonan bagi tahun 2023 akan datang pada soalan lazim yang terkini dari semasa ke semasa”

Siapa Yang Perlu Membuat Permohonan Baharu?
Berdasarkan Soalan Lazim BKM 2022 yang lalu, pemohon yang perlu membuat Permohonan BKM 2022 adalah seperti berikut:
- Pemohon yang tiada rekod dalam sistem BKM atau tidak menerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 atau Bantuan Khas COVID-19 (BKC); serta
- Berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah; atau
- Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah untuk individu Bujang / tiada pasangan / tiada anak yang menepati syarat kelayakan.
WALAUBAGAIMANAPUN, maklumat di atas mungkin berubah selepas ini apabila Kerajaan mengumumkan syarat terkini mengenai permohonan baharu STR 2023.
Kemas kini Maklumat STR 2023
Sebagaimana yang telah disebutkan di atas, buat masa ini tiada lagi maklumat rasmi bilakah tarikh sebenar permohonan baharu dan kemas kini akan STR 2023 akan dibuka.
Walaupun begitu, gambaran awal mengenai kemas kini maklumat STR 2023 boleh dirujuk pada soalan lazim STR dalam portal bantuantunai
“Adakah saya perlu membuat kemas kini permohonan STR 2023 sekiranya tiada sebarang perubahan maklumat pada BKM?”
“Sekiranya semakan status di portal BantuanTunai 2023 anda wujud dan tiada sebarang perubahan maklumat, anda tidak perlu membuat kemas kini maklumat BRE 2022.
Walau bagaimanapun sekiranya semakan permohonan di Portal Rasmi STR 2023 tidak wujud, anda perlu membuat permohonan baharu.”
Tarikh Bayaran STR 2023 Fasa 1
Pembayaran STR Fasa 1 kepada 8.7 juta golongan B40 bernilai RM1.67 bilion akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima yang berdaftar di dalam pangkalan data STR secara berperingkat mulai 17 Januari 2023 (Selasa) .

Jumlah Bayaran
Setiap isi rumah akan menerima RM300 untuk fasa 1.
Bagi kategori warga emas tiada pasangan akan dapat RM100.
Manakala kategori Bujang STR akan menerima bayaran RM100 dalam fasa ini.

Cara Bayaran
Pembayaran STR Fasa 1 akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima yang berdaftar di dalam pangkalan data STR secara berperingkat mulai 17 Januari 2023 (Selasa).
Penerima STR di kawasan pedalaman termasuk Sabah dan Sarawak yang mempunyai akaun bank atau tiada akaun bank akan turut menerima pembayaran ini pada tarikh yang sama.
Penerima STR yang tiada akaun bank juga boleh membuat penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 17 Januari 2023.
Sumber: Facebook Perdana Menteri
Soalan Lazim FAQ
STR 2023 merupakan program bantuan tunai untuk B40 di bawah Kementerian Kewangan yang dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan akan terus ditambah baik.
LHDN memaklumkan;
“Prosedur bagi kemaskini maklumat diri / permohonan baru semasa tempoh permohonan bagi tahun 2023 akan datang pada soalan lazim yang terkini dari semasa ke semasa.”
Mulai 17 Januari 2023 (Selasa)
Isi rumah – RM300
Warga emas tiada pasangan – RM100
Bujang – RM100
https://bantuantunai.hasil.gov.my