Tiada dos penggalak sebelum 1 Mac status vaksin terbatal

Kongsikan Artikel ini

Semalam Kosmo online melaporkan mereka berusia berusia 60 tahun dan ke atas atau penerima dos lengkap vaksin Sinovac berusia 18 tahun ke atas perlu mengambil suntikan dos penggalak bagi mengelakkan  status vaksinasi lengkap MySejahtera terbatal sebelum 1 Mac 2022.

Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, mereka yang tergolong dalam kategori berkenaan diminta untuk hadir segera bagi mendapatkan dos penggalak secara walk-in di mana-mana Pusat Pemberian Vaksin (PPV) berhampiran.

“Dos penggalak memberi perlindungan daripada jangkitan Covid-19 terutama sekali komplikasi teruk.

“Data harian menunjukkan individu yang belum divaksin adalah 9 kali lebih berkemungkinan untuk dijangkiti dan 62 kali lebih berkemungkinan maut berbanding individu yang telah lengkap vaksin atau telah mengambil dos penggalak,” katanya pada sidang akhbar khas tadi.

Katanya, setakat ini, terdapat lebih kurang 32 peratus atau 1 juta warga emas yang masih belum mengambil dos penggalak.

Dalam pada itu, kes harian 07/02/2022 Covid-19 di negara ini terus merekodkan trend peningkatan apabila mencatatkan sebanyak 11,034 kes berbanding 10,089 hari sebelumnya sekali gus menjadikan jumlah kumulatif setakat ini sebanyak 2,925,254.

Sebelum ini, KKM menjangkakan kes harian Covid-19 boleh mencecah sehingga 22,000 sehari menjelang akhir Mac ini sekiranya bacaan kadar kebolehjangkitan (Rt) atau R-naught (Ro) kekal 1.2 hingga hujung bulan depan. – Lapor K! ONLINE.

Facebooktwitterlinkedininstagramflickrfoursquaremail
Posted on

Leave a Reply

Your email address will not be published.