Tidak percaya pendapatan penyanyi jalanan lebih banyak

Kongsikan Artikel ini

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan juruwang sebuah pasar mini terkejut apabila mengetahui pendapatan seorang penyanyi jalanan mencecah ratusan ribu rupiah setiap hari, lapor laman berita Suara.com. 

Video itu dimuat naik dalam akaun TikTok @chocomelt18.

Seorang penyanyi jalanan berada di sebuah pasar mini dilihat memberi sedikit makanan ringan kepada juruwang itu.

Berdasarkan kapsyen dalam video tersebut, lelaki itu memperoleh pendapatan sehingga 300,000 rupiah (RM90) pada setiap hari. 

Menurut juruwang wanita itu, lelaki tersebut akan menukar duit syiling di kedainya pada setiap hari.

Wanita itu memaklumkan bahawa pendapatan lelaki itu lebih dua kali ganda jika dibandingkan dengan gaji pekerja tetap.

Video tersebut mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Dia berterima kasih kerana membantunya menukar duit syiling,” kata seorang netizen.

“Okay esok saya mahu menjadi penyanyi jalanan,” komen netizen lain. – AGENSI

Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.