TikTok Shop Malaysia Bakal Kenakan Caj Komisen 2% Kepada Penjual Mulai 1 Mac

Kongsikan Artikel ini


TikTok Malaysia baru-baru ini mengumumkan akan melaksanakan caj komisen baharu sebanyak 2% kepada peniaga di platform TikTok Shop mereka bermula pada 1 Mac 2023, jam 10 pagi.

TikTok dalam satu kenyataan pada 31 Januari berkata, caj tersebut bagaimanapun hanya akan dikenakan terhadap semua produk yang berjaya dijual dan selamat diterima pelanggan.

Tambah TikTok, caj komisen yang dikenakan kepada peniaga di Malaysia turut tertakluk kepada 6% cukai nilai tambah (VAT) menjadikan caj keseluruhan kepada 2.12%.

Menerusi catatan yang dikongsikan di laman Akademi Kedai TikTok itu lagi, platform tersebut turut menjelaskan yuran komisen itu dikenakan agar mereka dapat terus memberikan pengalaman ‘Kedai TikTok yang terbaik’ kepada penjual dan juga pembeli.

TikTok akan pulangkan yuran komisen untuk barang jualan yang dipulangkan pembeli

Platform tersebut bagaimanapun akan memulangkan semua yuran komisen kepada para penjual sekiranya ada barangan terjual yang dipulangkan kembali oleh pembeli.

Bagi pesanan yang dipulangkan sebahagiannya, caj komisen akan dikembalikan mengikut jumlah barang yang dipulangkan.

Berikut ialah cara pengiraan yuran komisen:




Sumber dipetik:
Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *