TikToker Khaby Lame mampu raih pendapatan RM45.27 juta tahun ini

Kongsikan Artikel ini

TikToker dengan gaya bersahaja tanpa suara Khaby Lame menerima bayaran RM3.4 juta bagi setiap video promosi justeru lelaki kelahiran Senegal dijangka mampu raih RM45.27 juta tahun ini.

Memetik akhbar berita Fortune bersama studio Hollywood utama, mereka telah melakukan penilaian kontrak yang menjelaskan bahawa Khaby Lame boleh mengenakan cas sehingga RM 3.4 juta bagi setiap video berbentuk promosi.

Secara purata, sesuatu jenama membayar Khaby sebanyak RM 1.8 juta bagi setiap video promosi.

Sehingga kini, dia diiktiraf sebagai Tiktokers dengan pengikut paling ramai iaitu 149.5 juta pengikut dan 2.4 bilion tanda suka di platform tersebut.

Difahamkan, baru-baru ini dia telah menerima bayaran sebanyak RM2.04 juta menerusi kerjasama bersama syarikat terkenal, Hugo Boss untuk mempromosikan acara Milan Fashion Week menerusi laman TikTok miliknya.

TikToker Khaby Lame terima bayaran RM3.4 juta setiap video promosi, mampu raih RM45.27 juta tahun ini

Dalam pada itu, menerusi temubualnya bersama TMZ pada awal tahun ini, Khaby Lame berkata dia kini sedang giat menghabiskan masa sekurang-kurangnya satu jam untuk menguasai bahasa Inggeris bersama seorang tutor.

Selain mempelajari bahasa Inggeris bersama tutor, dia juga menonton filem-filem dan kartun Amerika Syarikat untuk menguasai bahasa itu dengan lebih mudah dan cepat.

Disamping itu, dia juga sempat berkongsi hasratnya untuk menjadi seorang pelakon dan membintangi filem bersama-sama Will Smith. Jelasnya, impian untuk mencuburi bidang lakonan tercetus apabila dia mula menonton rancangan The Fresh Prince of Bel-Air.

Baca juga: Akibat krisis ekonomi penduduk Lubnan terpaksa ‘rompak’ bank untuk keluarkan wang sendiri

Baca juga: Suami gaduh dengan ahli sindiket dadah jadi punca isteri diculik

Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.