Ular ‘King Cobra’ melingkar dalam beg sekolah

Kongsikan Artikel ini

NEW DELHI – Seorang guru berjaya menyelamatkan nyawa anak muridnya apabila menemui seekor ular tedung selar atau King Cobra secara tidak sengaja dalam beg sekolah kanak-kanak itu, lapor laman India Today semalam.

Menerusi rakaman video yang kini tular di media sosial, guru lelaki itu dilihat sedang memeriksa beg sekolah kanak-kanak perempuan bernama Uma Rajak di sebuah sekolah kerajaan di negeri Madhya Pradesh.

Tidak diketahui bagaimana atau bila ular tedung itu memasuki begnya.

Uma sebenarnya sedang mengeluarkan buku di dalam kelas apabila merasakan sesuatu bergerak di dalam begnya. 

Baca juga:

Kemalangan maut, kereta bertembung lori muatan anak ayam

Dia memberitahu gurunya yang membawa beg itu dengan motosikalnya ke lokasi yang jauh dari sekolah.

Alangkah terkejutnya guru itu semasa memeriksa beg apabila mendapati ular tedung selar itu sedang berlingkar di sebalik buku-buku.

Disebabkan tindakan guru yang pantas itu, nyawa Uma terselamat. – Agensi (Sumber: Kosmo online)

Baca juga:

Lelaki sanggup lakukan dua anak kandung hamba seks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *