Usahawan MEDAC terkesan banjir boleh mohon moratorium

Usahawan MEDAC terkesan banjir boleh mohon moratorium
Kongsikan Artikel ini

SHAH ALAM – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) bersetuju memberikan moratorium kepada usahawan mikro dan informal yang terkesan akibat banjir.

Menurutnya menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata buat permulaan, moratorium diberikan kepada golongan usahawan mikro dan informal di bawah Tekun Nasional (Tekun) dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

“Tekun memberi moratorium kepada peminjam yang terkesan dengan banjir selama enam bulan dan memperuntukkan sejumlah RM30 juta untuk pembiayaan usahawan mikro dan informal akibat bencana itu.

“Marotorium ini akan memberi manafaat kepada kira-kira 4,000 usahawan Tekun berkuat kuasa serta mulai 20 Disember lalu sehingga 31 Januari tahun depan ,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

“Sahabat AIM yang terkesan boleh membuat permohonan untuk menangguh bayar balik pinjaman sebanyak empat kali dengan maksimum tempoh penangguhan selama setahun dan membuat penjadualan balik pinjaman sehingga tiga tahun,” ujar beliau.

Selain itu, katanya, Sahabat AIM yang terlibat dengan banjir juga akan menerima bantuan Tabung Kebajikan dan Kesejahteraan Sahabat (TKKS) serta projek terlibat banjir masing-masing sebanyak RM300.

Disyorkan artikel ini: Rebat bill elektrik 100% secara one-off untuk yang terkesan banjir


“Sekiranya terlibat dalam kedua-duanya, mereka layak menerima bantuan sebanyak RM600 dan memberi manfaat kepada 9, 200 Sahabat AIM,” katanya.

Beliau memberitahu, insiatif itu sebagai usaha membantu kumpulan Keluarga Malaysia yang terjejas banjir.


Sumber : SinarHarian

One Comment on “Usahawan MEDAC terkesan banjir boleh mohon moratorium”

  1. Pingback: Maksud Kumpulan Pendapatan B40, M40 Dan T20 UtusanKini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *