Vladimir Putin mahu akhiri konflik di Ukraine

Kongsikan Artikel ini

WASHINGTON – Presiden Russia, Vladimir Putin hari ini mahukan pengakhiran segera konflik di Ukraine, manakala pertempuran perlu ditamatkan secepat mungkin, lapor akhbar Sydney Morning Herald.

“Matlamat kami adalah untuk menamatkan konflik ini. Kami sedang berusaha ke arah ini dan kami akan terus berusaha supaya kami akan memastikan bahawa ia berakhir. Lebih cepat lebih baik,” kata Putin kepada pemberita.

Komen beliau bagaimanapun dipandang sinis oleh Ukraine dan Barat.

Jurucakap keselamatan negara White House, John Kirby berkata,Putin tidak memberikan sebarang petunjuk bahawa beliau sanggup berunding bagi menamatkan konflik selama 10 bulan itu.

“Bercanggah sekali. Semua yang Putin lakukan di darat mahupun di udara menunjukkan ciri-ciri seorang lelaki yang mahu meneruskan keganasan terhadap rakyat Ukraine,” katanya dalam satu taklimat kepada wartawan. – Agensi

Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *