Walau dikecam, Mat Kilau tetap nombor 1 di Netflix

Kongsikan Artikel ini

PETALING JAYA – Walaupun teruk dihentam setelah berada di laman penstriman Netflix, filem Mat Kilau tetap berada dalam kalangan 10 filem pilihan laman tersebut.

Malah filem arahan Syamsul Yusoff tersebut kini berada pada tangga teratas pilihan penonton di laman penstriman filem terkenal itu.

Sebelum ini, filem sejarah itu telah mendapat kutukan hebat daripada penonton kerana dikatakan kurang bermutu serta jalan cerita yang hambar.

Tidak seperti yang berlaku sepanjang sebulan berada di pawagam sehingga filem tersebut berjaya mendapat kutipan paling tinggi di Malaysia iaitu hampir RM100 juta.

Rata-rata pengguna media sosial turut melontar pandangan mereka masing-masing malah mereka turut akui filem epik sejarah tersebut adalah filem terhebat yang dihasilkan oleh pengarah tempatan.

“Aku tak kisah, memang lah ada orang cakap Mat Kilau ni dapat pujian di pawagam lepas ada dekat TV ni lain jadinya.

“Terpulanglah itu semua pendapat ramai, tapi sehingga hari ini filem ni top 10 di Netflix, jadi apa bezanya dia di pawagam atau tidak, filem ini memang hebat,” jelas Daniel Karim.

“Mungkin golongan yang tonton di Netflix ni golongan yang lain, mereka tunggu untuk menilai selepas di pawagam filem ini berjaya.

“Bagi aku senang sahaja, filem hebat ni selepas lama ditayangkan filem itu akan tetap dibincangkan. Itu maknanya filem ini filem hebat,” jelas Zazali Zaman. – KOSMO! ONLINE.

Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.